Furama Hotel International - Badminton Tournament
Posted by Mohamad ZamriFurama Hotel International - Badminton Tournament
Game yang di langsungkan pada tahun lepas mungkinkah akan berlaku lagi tahun ini, kita hanya mampu untuk menunggu dan lihat hehehehe... adakah juara lepas akan menunjukkan lagi "skill" nya..
Kejuaraan badminton 4 negara yang berlangsung diantara Furama hotel adalah antara aktiviti yang paling menarik untuk ditunggu setiap tahun.. Penglibatan staff dalam aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama sendiri... tak percaya korang join!!!! mesti best punyer...
- aku yang terlibat -
Aktiviti Sukan September, 2012 ( KLTA )
Posted by Mohamad ZamriMinggu depan adalah hari untuk kita bergembira!! sport activity di Kompleks Sukan Kampung Pandan
( 22 and 23, September ) sabtu dengan ahad.. datang jangan tak datang..
Antara acara yang terlibat adalah seperti berikut :
- Ping pong ( Mr Amrry )
- Badminton ( Mr Zamri and Mr Izwan Dahlim )
- Dll.. ( kawan tak tahu hehehe )
Kepada sahabat yang terlibat macam saya boleh la berlatih kuat setiap hari untuk kita membuktikan yang kita adalah yang terbaik hehehe.. hidup Furama Bukit Bintang!!! alamak ter "over" plak huhuhu...
Bebudak Engineering adalah antara penyumbang atlit teramai kot hahaha..
Selamat berjaya kepada semua yang terlibat byeeeeee..byeee!!!
Chaiyok2x....
Saya yang menulis,
Mohamad Zamri : )
Rambutan Malaysia
Posted by Mohamad ZamriMUSIM BUAH : yang sebenarnya dah habis pun musimnya hehehe.. tapi rambutan masih ada lagi..
Lokasi : Felda Bukit Puchong, Pahang ( kampung Affan ) keterangan lanjut tanya Affan..
Perancangan : Memang takde pun kot cuma cakap2 jer, trip nie jadi bila affan, abu dengan zamri ( tukang tulis ) cuti dalam masa yang sama so cakap jer terus jadi hehe..
Siapa diantara pembaca yang ramai2 nie tahu buah apakah yang ada dalam bekas tue? huhuhu saya rasa ramai yang tak tahu, saya pun tahu bila pergi ke tempat nie hehehe..
buah PERAH, kata AFFAN orang Pahang buat masak gulai 'SEROM'.. tah betul tak idak tulisan nya
ABU sambil mengambil rambutan dan juga sedikit buah buahan lain sambil pekena kopi 'o' terbaik dari ladang wok!!! hehehe tgk ABU dengan muka selambanya memegang 2 ikat rambutan hehehe.. perut cover sikit bro.. karang terburai plak perut tue hahahaha.. jangan marah gurau jer..
sebenarnya sebelum sampai ke lokasi pertama kitorang terlebih dahulu singgah di JERAM TOI tempat mandi manda.. cadangan daripada ABU dengan AFFAN arr.. memula singgah sebab ABU nak guna toilet pastu balik boleh plak mandi.. plan yang tiada dalam rancangan asal.. siap beli seluar baru... aiii bergurau plak!!!
Memancing di The Mines
Posted by Mohamad ZamriTrip memancing di The Mines - XPDC memburu KELI..
Aktiviti di rancang 2 hari sebelum, sebabnya kalau plan awal2 biasanya tak jadi hehehe so we all plan last minute. antara yang terlibat adalah AFFAN, SHARIN, TALIB, dan ZAMRI.
Kawasan yang terlibat adalah berdekatan dengan Tol The Mines park motor kat tiang spotlight pastu redah sedikit semak samun untuk ke tempat memancing..
Sampai di tempat mancing lebih kurang jam 10:45pm, sekali ramai orang daa.. cari lubok dulu sementara menunggu affan yang lambat.. huhu..
kami tidak menunggu lama untuk si Keli menarik umpan, gambar menunjukkan segala aksi semasa memancing dan posing si Pemancing Amatur hehehe jangan marah geng!!!
kegembiraan jelas terpancar diwajah pemancing dengan hasilnya.. hahahaha...
Affan sibuk melepaskan kail di mulut Keli, dan Talib sibuk dengan ikan lampamnya.. mood memancing yang teruja sebabnya tasik galak dengan ikan melompat dan bunyi bunyian ikan di permukaan air.. seronok giler woooo...
Inilah hasilnya, joran baru yang membawa luck kepada penulis huhuhu terbaik wooo... walaupun sedikit hujan renyai ianya tidak menggangu pemancing hehehe.... lebih kurang jam 1 ke 2 pagi Jai pun sampai untuk join parti menaikkan Keli hehehehe.. umpan ( cengkerik ) habis jam 3 lebih kot pastu kitorang pun berkemas sebab umpan menggunakan roti tidak berjaya memerangkap ikan.. anyway, good trip untuk kami!!!
Hari kedua memancing kami cuba di kawasan tasik dalam area Sapura tapi nasib tidak menyebelahi kami kerana kawasan lubok sudah pun dipenuhi dengan pemancing yang sudah bersedia dengan joran memasing... kami kembali di Tol The Mines..
Disini rezeki kami ada so tunggu je joran dicampak pasti ada yang menarik.. saiz mega juga membuatkan penulis merasai pengalaman mendengar mesin berdecit di tarik si Keli... huhuhu layan siott!!!!
kami akan kembali lagi ke sini.. btw, ini bukan misi terakhir kam...
P/S : Aktiviti bersama dengan sahabat mampu merapatkan hubungan sesama sendiri, tidak perlu team building hehehe...
Badminton Final 2012 | Gambar
Posted by Mohamad Zamri Berikut adalah sedikit gambar semasa kejohanan sedang berlangsung, dan juga aksi pemain..
aksi pro player in the making.. hehehe jangan marah bos!!
Badminton Final - Furama Bukit Bintang 2011
Posted by Mohamad ZamriSebentar tadi berlangsungnya perlawanan badminton di One Shamelin yang menemukan Front Office dengan team Admin.
Perlawanan berkesudahan dengan Front Office menjuarai perlawanan 3 - 2 Admin.
terima kasih kepada semua yang terlibat pemain2, dan juga sahabat dari Furama Bukit Bintang yang sudi memberikan sokongan moral kepada pemain kita.. majulah sukan untuk Furama Bukit Bintang..
Nota Kaki : Gambar akan dimasukkan dalam masa yang terdekat.. hehehe chaiyookkk!!!
Final Futsal Furama Bukit Bintang 2011
Posted by Mohamad ZamriBerikut adalah gambar final semalam hehehe masih ada lagi yang belum upload so korang layan dulu gambar yang ada nie.. esok kawan masuk kan lagi gambar seterusnya.. dan juga cerita disebalik gambar yang ada salam ceria!!!
Keputusan penuh :- Engineering 3 - 3 Kitchen & Steward FT
Penalty Kick ( Engineering 2 - 1 Kitchen & Steward )
Semoga Cepat Sembuh
Posted by Mohamad ZamriAssalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat!
Ada berita yang ingin saya kongsikan, 2 orang anak sahabat kita faizal ( Jai ) sakit dan ditahan di wad hospital Pantai di Cheras..
Marilah sesama kita mendoakan agar keduanya cepat sembuh dan dapat keluar dari hospital secepat yang mungkin amin..
Doa daripada sahabat semua saya dahulukan ucapan terima kasih!!!
En Johan - Minum Petang!!!
Posted by Mohamad Zamri take 5!!!!!!!!!!!! dulu.. minum petang bersama dengan En Johan, bersemangat dengan pinggan besarnya.. memaksa mee kuah ( xtau mee ape hehehe ) masuk ke dalam mulut hehehe jangan marah gurau jer..
Lokasi : One Family ( lower ground ), Furama Bukit Bintang
Masih lagi tersenyum walau pun xmasuk mulut lagi.... bile nak makan daa..
Nota Kaki :- Gurau senda membawa bahagia
Futsal Tournament 2011 | Furama Bukit Bintang - Gambar 2
Posted by Mohamad Zamrientah apa yang shane buat sampai bebudak kat belakang tu excited giler hahaha...
kegembiraan jelas terpancar pada riak wajah pemenang huhu.. tahniah...
Gambar beramai2 selepas tamat perlawanan semi final kedua..
pasukan yang layak dan mara ke final adalah
Kitchen & Steward versus ENGINEERING
Dijadualkan akan berlangsung pada :
5hb, 12, 2011 - Isnin
Lokasi : Ampang Sports Planet - FIFA Field
Semoga berjaya buat kedua pasukan.. majulah sukan untuk negara!!!!